Rabu, 1 Julai 2009

Perkara yang perlu difikir

Banyak perkara yang selama ini kita tak ambil kisah tapi kita kena fikirkan ....

1. Bila kita ke KWSP untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita hendak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.

3. Bila kerajaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10 sen sekilo.

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah di luar negara daripada di negara sendiri.

7. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang
serupa, masih ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya apatah lagi menangis setiap kali ada adegan sedih.

8. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia,tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pula dikatakan tidak memenuhi citarasa.

10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

12. Bilamasa kita hendak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak bila datang ke Semenanjung.

13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir.

14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah atas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong,kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah.

15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check -in, kita akan didenda 25% dari tambang kapal terbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tidak dapat melainkan penat menunggu!

16. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

17. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah atas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tidak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

18. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

19. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana hendak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

20. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tidak pernah berjaya dalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

21. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.

22. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tidak laku langsung.

23. Bilamana telefon bimbit yang diusung ke sana ke mari, walaupun tidak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

24. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Heliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

25. Bila melihat sesetengah pemandu yang tidak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.

26. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras di dalam longkang.

27. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motosikal penjual roti terbalik di tepi jalan tetapi tidak berhenti pun untuk tolong.

28. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan masih ditakuk lama.

29. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut diakrukan ke dalam tafsiran tahun berikutnya.

30. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

31. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tidak makan dan tidak minum kerana asyik ber"chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

32. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

33. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini sudah "out-of-date" selepas
sebulan dan kita pun masih belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

34. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal daripada baju dewasa.

35. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai ke destinasi.

36. Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu.

37. Bilamana kita membayar RM1.50 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

38. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

39. Bilamasa laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma tetapi meminta anda mengisi maklumat kad kredit anda.

40. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM35 hanya untuk sepaket pil panadol sambil diberitahu doktor yang kita demam.

41. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".

42. Apabila kita ke kedai untuk tanya tentang komputer atau handphone yang rosak mereka akan jawab "saya pun tak tau apa yang rosak, tinggal kat sini, dua jam lagi datang balik".

43. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.

44. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif masih memakai kot dan tali leher semasa makan tengah hari di warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.

45. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya di sini hanyalah 110km sejam.

46. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.

47. Bila artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.

48. Bilamana mengenangkan manusia suka bergaduh tetapi Allah melarangnya.

49. Bila pembunuh terlepas dari hukuman dan yang tidak bersalah dihukum

50. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.

51. Bilamanan berlaku banyak kemalangan jalanraya di jalan biasa semasa musim perayaan, laluan percuma di lebuhraya tidak diberikan pada musim-musim tersebut.

52. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.

53. Apabila TV kita rosak satu atau dua hari selepas tempoh jaminannya tamat.

54. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.

55. Bilamana manusia lebih banyak suka menceritakan keburukan orang daripada kebaikan yang ada.

56. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.

57. Bilamana ramai orang lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku agama.

58. Semakin ramai mampu membeli kenderaan walaupun harganya makin meningkat.

59. Bilamana orang yang tidak pandai kerja tapi pandai mengampu boss mendapat gaji yang lebih tetapi bagi orang yang pandai kerja tapi tidak pandai mengampu boss, gaji masih ditakuk lama.

60. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng ke hulu ke hilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.

61. Bilamana ada orang yang ilmu tidak seberapa, pengetahuan cuma sejengkal, tapi masih mampu hendak berlagak sombong.

62. Bila lagu-lagu dulu yang kurang teknologi masih sedap dan enak didengar erbanding lagu sekarang.

63. Bilamana ramai orang yang mengaku diri mereka sibuk sedangkan satu kerja pun tidak pernah siap tepat pada masa.

64. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan daripada nasihat yang baik.

65. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal

66. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati

67. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah si isteri mendapat sesuatu daripadanya terlebih dahulu.

68. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak paha).

69. Bilamana ramai orang yang masih menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan