Rabu, 29 Julai 2009

Kasih Sayang Telah Hilang

Setiap manusia inginkan kasih sayang
Kerana ia adalah makanan jiwa
Tapi di mana ada kasih sayang?
Kasih sayang telah hilang
Seolah-olah orang berkata:
Aku minta kasih sayang daripada ibubapaku
Kasih sayang keduanya telah hilang
Aku minta dengan isteri atau suami, dia buat biasa saja
Aku minta kasih sayang dengan adik-beradikku
Kasih sayang mereka juga telah gersang
Aku tagihkan kasih sayang dengan guru-guruku
Kasih sayangnya juga telah kering ketandusan
Aku cari kasih sayang dengan pemimpinku
Kasih sayangnya lebih-lebih lagi telah hilang
Entah ke mana perginya
Aku cuba mencari kasih sayang
Dengan kawan-kawanku
Kasih sayang mereka juga entah ke mana hilangnya
Aku cuba meminta-minta kasih sayang
Dengan orang ramai
Aduh, kasih sayang mereka juga sudah kering-kontang
Begitulah setiap manusia
Sudah kehilangan kasih sayang
Juga kasih sayang itu telah hilang
Daripada orang yang hendak menagihnya
Setiap orang sudah tidak membawa kasih sayang lagi
Kita pun tidak dapat daripada mereka
Mereka pun tidak dapat daripada kita
Aduh, sungguh mahal kasih sayang pada akhir zaman
Hingga susah hendak menemuinya
Kerana itulah manusia hari ini hidup resah,
Gelisah, derita dan kecewa.

Selasa, 28 Julai 2009

Kisah Cinta dan Kecewa

Semalam sempat berYM dengan exstudent, bertanya khabar dan cerita pasal dia serta kawan2 ramai yang dah break dengan awek. Itulah, dulu cikgu dah nasihat jangan bercinta time belajar, tak nak dengar. Dah cakap dah, biasanya tak kekalnya. Kalau kahwin pun mungkin 1 dalam 100. Tapi biasalah kononnya, cakap cikgu tu tak up to date. Ingat zaman cikgu dengan you all jauh beza sangat ke. Cikgu lagi berpengalaman pasal perkara ni. Walaupun cikgu taklah bercinta time form 5 tu. Jadi dah tentulah cikgu bab2 frust ni tak ada dalam diari. Tapi bab mengecewakan orang tu adalah kot.

Petang pulak bermesej dengan sorang teman. Entah kenapa tiba2 teringat nak hubungi dia. Dia cakaplah sebab apa tak kahwin lagi. Sibuk masa belajar sampai tak sempat nak cari awek. Pemalulah katakan. Sekarang ni tak sempat nak memilih dah. Kesian kat kawan aku sorang tu. Suruh aku carikan. Kat sek ni ramai je yang solo lagi kalau nak.

Malam pulak berYM dengan sorang adik ni. Dia pun katanya nak tumpu study, dalam 5 tahun baru nak kahwin. Nak hidup bujang puas2. Lepas tu nak bersedia secukupnya dari segi zahir dan batin. Duit hantaran kena sedia banyaklah katakan sekarang ni. Fuh... Ni lebih kurang kes si teman ni jugak. Mungkin nak buat pilihan yang tepat. Tapi yang pasti jodoh tu tetap ada, cepat atau lambat je. Nasihat akak, masa ni masa untuk mencari bukan bercinta. Lebih baiklah kalau terus kahwin je. Tu lebih baik untuk mengelakkan maksiat.

Selasa, 21 Julai 2009

SMK Ahmad Boestamam - 1995-1996



Kali ni maaf kalau aku tersilap nama. Yang pasti aku hilang ingatan kejap. Yang tak ada nama tu yang pasti, aku lupa nama.

Atas dari kiri, Lee,Shahrul,Shaharil,Yew, dan Kok.
Bawah dari kiri,Izra,Ina,Akmal,Jin,Lim,Lee,Sudha,Yati,Linda dan Julia.
Depan, Kahar.
Tiada dalam gambar,Prakash.

Kali ni memang aku hilang jejak langsung. Yang aku tahu, itupun sebab keluar kat tv3, Shaharil Kadir(wartawan). Tapi yang pasti hanya akan keluar time pilihanraya je.

Time form 6 ni, kita punya hal sendiri. Dengan perangai gila2, pemalu dan macam2 lagi. Cerita cinta dan gossip tak terkecuali. Tapi yang paling glamour dah tentulah Yew. Dari form 1 sampai form 6 kenal dia. Time tukan ke cerita Hong Kong tengah hot. Ramailah peminat dia. Tapi yang paling seronok masa kita semua ada jamuan makan-makan kat rumah cikgu. Betapa meriahnya masa tu. Manalah korang sekarang. Rindu sangat2.

Ahad, 19 Julai 2009

SMK Batu 10, 1990-1992



Atas dari kiri, Sazali,Suhaili,Badrul,Faizam,Zawawi,S.Laili,Zafuan,Afendi, Ahmadal dan Shamsul.
Tengah dari kiri, Sabtiah,Salina,Aishah,Salmi,Hafizan,Rosni dan Suraiya.
Bawah dari kiri, Zaimawati,Fauziah,Haryati,Roziah,Ustazah,Izra,Hamizah, Hasnida dan Maslina.
Tiada dalam gambar, Faizal.

Rindunya kat korang . Tambahan pula bila tengok gambar kita time comel ni. Sekarang ni rasanya majoriti dah berubah rupa. Apa khabar semuanya? Tentunya korang sedang meniti hari-hari yang ada penuh dengan keindahan dan kebahagiaan. Hanya sebahagian saja yang aku tahu perkembangan. Yang lain-lain tu, entah apa ceritanya. Bilalah kita semua boleh berkumpul semula dan mengingat semula memori lama.

Sazali, Suhaili dan Badrul, rasanya ada orang cerita perkembangan terbaru diorang, tapi aku tak ingat. Faizam katanya sekarang ni bekerja di Hong Leong Bank, Ipoh. Tapi tak pernah terserempak pun. Yang pasti last jumpa masa form 5 dulu, dan boleh dikatakan hampir kesemuanyalah. Zawawi, baru je dapat anak perempuan (anak sulung). Cikgu Zawawi sekarang ni mengajar di SM Teknik Manjung ( tempat yang banyak kenangan tu). Shamsul Laili, sekarang ni rasanya kat syarikat berkaitan komputer. Hari tu pernahlah berYM dengan dia tapi aku hilang ingatanlah pulak pasal dia. Anak dua dah hari tu. Zafuan, cikgu jugak, tapi ngajar kat mana ntah. Afendi pun tak tau cerita. Ahmadal dulu ngajar kat SK Tanjung Bayan. Tapi katanya sekarang ni dah ngajar kat Manjung, sebab isteri dia memang kat sana. Anak sorang gak rasanya. Shamsul Kamal jadi ustaz rasanya.

Sabtiah, pun tak tau cerita. Salina hari tu kat syarikat insurans. Selalu gak jumpa dia kat pekan Sabtu. Aishah baru je lahirkan anak yang keempat. Masih kerja kat tempat lama lagi. Salmi, last aku jumpa dah anak 3. Tak taulah kalau dah bertambah. Kerja kat bank kat Manjung. Hafizan kat Pahang. Jadi nurse. Rosni ngajar kat Melaka sekarang ni. Dah anak 3 dah. Last jumpa dia masa anak sulung dia kecik lagi. Macamlah rumah jauh sangat, tapi tulah selalu tak kena masa. Suraiya sekarang ni dah jadi pensyarah kat UUM. Last sembang dengan dia, time dia nak kahwin hari tu. Punyalah lama.

Zaimawati, kahwin juga dengan schoolmate. Hari tu anak sorang, sekarang ni tak taulah. Fauziah, hari tu rasanya kerja kat Hospital Ipoh. Haryati kat Pahang, jadi Inspektor kesihatan. Fauziah dulu kerja bank kat KL. Izra kat Maahad Ummah, Chemor. Anak masih sorang lagi. Hamizah kat Kl. Lepas kawin terus tak dengar berita. Hasnida kawin dengan orang Melaka, sekarang mengajar kat Melaka dah rasanya, sebelum tu kat Johor. Maslina khabar terakhir yang aku dengar, dia lahirkan anak kembar. Faizal kat kampung, jadi usahawan tu. Tapi tak kahwin lagi.

Teringat kenangan-kenangan lama masa kat SMBS. Bergaduh, merajuk dan macam lagilah, ada pahit dan ada manisnya. Tak terkecuali, sesekali dengan airmata.....Bilalah kita dapat berkumpul semula......

Rabu, 15 Julai 2009

Nur Kasih 3

Episod yang ketujuh ni, rasanya banyak yang geram je. Satunya kesian kat Nur. Geram (marah gak) bukan apa, Si Adam dengan si Katrina tu asyik berpeluk je. Meluat.. Kalau pun berlakon, janganlah over sangat. Sedangkan isteri yang ditinggalkan merana. Walaupun dah kahwin, tapi cara hidup punyalah menyeleweng daripada ajaran agama. Yang paling nyata minum araklah.

Episod 8, no komen. Cuma yang dalam seminar tu macam dalam drama 80an. Macam tak kena je sekarang ni orang berceramah statik macam tu. Yelah sekarang ni biasanya orang gunakan skrin/power point. Kalau ceramah macam tu, memang orang bosan, dan memang akan keluar dari dewan pun.

Selasa, 7 Julai 2009

Nur Kasih 2

“Wahai Nur , tabahkanlah hatimu Nur. Sesungguhnya hidupmu masih lagi jauh di hadapan….”

Macam kisah benarlah pulak. Pengaruh punya pasal. Sungguh menyentuh perasaan. Setelah 6 episod, nampaknya penghayatan watak pelakon semakin baik . Tahniah terutama buat Nur Amina. Cara menangis pun bukan seperti dibuat-buat. Begitu juga dengan watak lain, Adam dan Aidil yang begitu mengesankan. Sarah… Memang nampak menyampah, tapi rasanya dia berjayalah bawa watak begitu.

Bahagian paling sedih dalam episod ni masa kat tepi sawah dengan kat lapangan terbang masa Adam tak sambut tangan Nur. Tak sedar berderai air mata. Tadi pun dah tengok iklan untuk minggu ni, makin meruntun perasaan nampaknya. Walau apapun, buat peminat Nur Kasih, jangan lupa tengok setiap minggu....

Ada 20 episod nak kena tunggu ni..Aduh macam menunggu kekasih hati pulak. Cepatlah habis, nak tahu tamatnya macam mana.

Rabu, 1 Julai 2009

Perkara yang perlu difikir

Banyak perkara yang selama ini kita tak ambil kisah tapi kita kena fikirkan ....

1. Bila kita ke KWSP untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita hendak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.

3. Bila kerajaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10 sen sekilo.

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah di luar negara daripada di negara sendiri.

7. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang
serupa, masih ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya apatah lagi menangis setiap kali ada adegan sedih.

8. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia,tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pula dikatakan tidak memenuhi citarasa.

10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

12. Bilamasa kita hendak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak bila datang ke Semenanjung.

13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir.

14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah atas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong,kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah.

15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check -in, kita akan didenda 25% dari tambang kapal terbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tidak dapat melainkan penat menunggu!

16. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

17. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah atas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tidak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

18. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

19. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana hendak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

20. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tidak pernah berjaya dalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

21. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.

22. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tidak laku langsung.

23. Bilamana telefon bimbit yang diusung ke sana ke mari, walaupun tidak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

24. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Heliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

25. Bila melihat sesetengah pemandu yang tidak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.

26. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras di dalam longkang.

27. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motosikal penjual roti terbalik di tepi jalan tetapi tidak berhenti pun untuk tolong.

28. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan masih ditakuk lama.

29. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut diakrukan ke dalam tafsiran tahun berikutnya.

30. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

31. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tidak makan dan tidak minum kerana asyik ber"chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

32. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

33. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini sudah "out-of-date" selepas
sebulan dan kita pun masih belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

34. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal daripada baju dewasa.

35. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai ke destinasi.

36. Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu.

37. Bilamana kita membayar RM1.50 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

38. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

39. Bilamasa laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma tetapi meminta anda mengisi maklumat kad kredit anda.

40. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM35 hanya untuk sepaket pil panadol sambil diberitahu doktor yang kita demam.

41. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".

42. Apabila kita ke kedai untuk tanya tentang komputer atau handphone yang rosak mereka akan jawab "saya pun tak tau apa yang rosak, tinggal kat sini, dua jam lagi datang balik".

43. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.

44. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif masih memakai kot dan tali leher semasa makan tengah hari di warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.

45. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya di sini hanyalah 110km sejam.

46. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.

47. Bila artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.

48. Bilamana mengenangkan manusia suka bergaduh tetapi Allah melarangnya.

49. Bila pembunuh terlepas dari hukuman dan yang tidak bersalah dihukum

50. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.

51. Bilamanan berlaku banyak kemalangan jalanraya di jalan biasa semasa musim perayaan, laluan percuma di lebuhraya tidak diberikan pada musim-musim tersebut.

52. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.

53. Apabila TV kita rosak satu atau dua hari selepas tempoh jaminannya tamat.

54. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.

55. Bilamana manusia lebih banyak suka menceritakan keburukan orang daripada kebaikan yang ada.

56. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.

57. Bilamana ramai orang lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku agama.

58. Semakin ramai mampu membeli kenderaan walaupun harganya makin meningkat.

59. Bilamana orang yang tidak pandai kerja tapi pandai mengampu boss mendapat gaji yang lebih tetapi bagi orang yang pandai kerja tapi tidak pandai mengampu boss, gaji masih ditakuk lama.

60. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng ke hulu ke hilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.

61. Bilamana ada orang yang ilmu tidak seberapa, pengetahuan cuma sejengkal, tapi masih mampu hendak berlagak sombong.

62. Bila lagu-lagu dulu yang kurang teknologi masih sedap dan enak didengar erbanding lagu sekarang.

63. Bilamana ramai orang yang mengaku diri mereka sibuk sedangkan satu kerja pun tidak pernah siap tepat pada masa.

64. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan daripada nasihat yang baik.

65. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal

66. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati

67. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah si isteri mendapat sesuatu daripadanya terlebih dahulu.

68. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak paha).

69. Bilamana ramai orang yang masih menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.