Isnin, 3 Ogos 2009

Baca Jika Anda Ada Masa Untuk Allah

Bacalah sehingga habis.
Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini. Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari Jumaat?... Mungkin malam JUMAAT? Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? Kita suka ALLAH pada masa kita sakit?. Dan sudah pasti waktu ada kematian? Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? Kerana? Kita merasakan pada waktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka?? Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu di mana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidupku. (nauzubillah) Kita sepatutnya sentiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! ! Ya aku CINTA ALLAH . Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku DIAlah yang mengerakkanku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna. Ini adalah ujian yang mudah. Kalau anda benar menyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepadamu?
Sekarang!!! Anda ada masakah untuk berbuat demikian? Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan. Susah vs. Senang. Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran? Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali? Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga memforwardkan email yang tak senonoh? Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima. Solat adalah yang terbaik.... Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.
Notes: Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka. Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ). Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi? Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti sama ada mereka suka atau tidak?. Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Rabu, 29 Julai 2009

Kasih Sayang Telah Hilang

Setiap manusia inginkan kasih sayang
Kerana ia adalah makanan jiwa
Tapi di mana ada kasih sayang?
Kasih sayang telah hilang
Seolah-olah orang berkata:
Aku minta kasih sayang daripada ibubapaku
Kasih sayang keduanya telah hilang
Aku minta dengan isteri atau suami, dia buat biasa saja
Aku minta kasih sayang dengan adik-beradikku
Kasih sayang mereka juga telah gersang
Aku tagihkan kasih sayang dengan guru-guruku
Kasih sayangnya juga telah kering ketandusan
Aku cari kasih sayang dengan pemimpinku
Kasih sayangnya lebih-lebih lagi telah hilang
Entah ke mana perginya
Aku cuba mencari kasih sayang
Dengan kawan-kawanku
Kasih sayang mereka juga entah ke mana hilangnya
Aku cuba meminta-minta kasih sayang
Dengan orang ramai
Aduh, kasih sayang mereka juga sudah kering-kontang
Begitulah setiap manusia
Sudah kehilangan kasih sayang
Juga kasih sayang itu telah hilang
Daripada orang yang hendak menagihnya
Setiap orang sudah tidak membawa kasih sayang lagi
Kita pun tidak dapat daripada mereka
Mereka pun tidak dapat daripada kita
Aduh, sungguh mahal kasih sayang pada akhir zaman
Hingga susah hendak menemuinya
Kerana itulah manusia hari ini hidup resah,
Gelisah, derita dan kecewa.

Selasa, 28 Julai 2009

Kisah Cinta dan Kecewa

Semalam sempat berYM dengan exstudent, bertanya khabar dan cerita pasal dia serta kawan2 ramai yang dah break dengan awek. Itulah, dulu cikgu dah nasihat jangan bercinta time belajar, tak nak dengar. Dah cakap dah, biasanya tak kekalnya. Kalau kahwin pun mungkin 1 dalam 100. Tapi biasalah kononnya, cakap cikgu tu tak up to date. Ingat zaman cikgu dengan you all jauh beza sangat ke. Cikgu lagi berpengalaman pasal perkara ni. Walaupun cikgu taklah bercinta time form 5 tu. Jadi dah tentulah cikgu bab2 frust ni tak ada dalam diari. Tapi bab mengecewakan orang tu adalah kot.

Petang pulak bermesej dengan sorang teman. Entah kenapa tiba2 teringat nak hubungi dia. Dia cakaplah sebab apa tak kahwin lagi. Sibuk masa belajar sampai tak sempat nak cari awek. Pemalulah katakan. Sekarang ni tak sempat nak memilih dah. Kesian kat kawan aku sorang tu. Suruh aku carikan. Kat sek ni ramai je yang solo lagi kalau nak.

Malam pulak berYM dengan sorang adik ni. Dia pun katanya nak tumpu study, dalam 5 tahun baru nak kahwin. Nak hidup bujang puas2. Lepas tu nak bersedia secukupnya dari segi zahir dan batin. Duit hantaran kena sedia banyaklah katakan sekarang ni. Fuh... Ni lebih kurang kes si teman ni jugak. Mungkin nak buat pilihan yang tepat. Tapi yang pasti jodoh tu tetap ada, cepat atau lambat je. Nasihat akak, masa ni masa untuk mencari bukan bercinta. Lebih baiklah kalau terus kahwin je. Tu lebih baik untuk mengelakkan maksiat.

Selasa, 21 Julai 2009

SMK Ahmad Boestamam - 1995-1996



Kali ni maaf kalau aku tersilap nama. Yang pasti aku hilang ingatan kejap. Yang tak ada nama tu yang pasti, aku lupa nama.

Atas dari kiri, Lee,Shahrul,Shaharil,Yew, dan Kok.
Bawah dari kiri,Izra,Ina,Akmal,Jin,Lim,Lee,Sudha,Yati,Linda dan Julia.
Depan, Kahar.
Tiada dalam gambar,Prakash.

Kali ni memang aku hilang jejak langsung. Yang aku tahu, itupun sebab keluar kat tv3, Shaharil Kadir(wartawan). Tapi yang pasti hanya akan keluar time pilihanraya je.

Time form 6 ni, kita punya hal sendiri. Dengan perangai gila2, pemalu dan macam2 lagi. Cerita cinta dan gossip tak terkecuali. Tapi yang paling glamour dah tentulah Yew. Dari form 1 sampai form 6 kenal dia. Time tukan ke cerita Hong Kong tengah hot. Ramailah peminat dia. Tapi yang paling seronok masa kita semua ada jamuan makan-makan kat rumah cikgu. Betapa meriahnya masa tu. Manalah korang sekarang. Rindu sangat2.

Ahad, 19 Julai 2009

SMK Batu 10, 1990-1992



Atas dari kiri, Sazali,Suhaili,Badrul,Faizam,Zawawi,S.Laili,Zafuan,Afendi, Ahmadal dan Shamsul.
Tengah dari kiri, Sabtiah,Salina,Aishah,Salmi,Hafizan,Rosni dan Suraiya.
Bawah dari kiri, Zaimawati,Fauziah,Haryati,Roziah,Ustazah,Izra,Hamizah, Hasnida dan Maslina.
Tiada dalam gambar, Faizal.

Rindunya kat korang . Tambahan pula bila tengok gambar kita time comel ni. Sekarang ni rasanya majoriti dah berubah rupa. Apa khabar semuanya? Tentunya korang sedang meniti hari-hari yang ada penuh dengan keindahan dan kebahagiaan. Hanya sebahagian saja yang aku tahu perkembangan. Yang lain-lain tu, entah apa ceritanya. Bilalah kita semua boleh berkumpul semula dan mengingat semula memori lama.

Sazali, Suhaili dan Badrul, rasanya ada orang cerita perkembangan terbaru diorang, tapi aku tak ingat. Faizam katanya sekarang ni bekerja di Hong Leong Bank, Ipoh. Tapi tak pernah terserempak pun. Yang pasti last jumpa masa form 5 dulu, dan boleh dikatakan hampir kesemuanyalah. Zawawi, baru je dapat anak perempuan (anak sulung). Cikgu Zawawi sekarang ni mengajar di SM Teknik Manjung ( tempat yang banyak kenangan tu). Shamsul Laili, sekarang ni rasanya kat syarikat berkaitan komputer. Hari tu pernahlah berYM dengan dia tapi aku hilang ingatanlah pulak pasal dia. Anak dua dah hari tu. Zafuan, cikgu jugak, tapi ngajar kat mana ntah. Afendi pun tak tau cerita. Ahmadal dulu ngajar kat SK Tanjung Bayan. Tapi katanya sekarang ni dah ngajar kat Manjung, sebab isteri dia memang kat sana. Anak sorang gak rasanya. Shamsul Kamal jadi ustaz rasanya.

Sabtiah, pun tak tau cerita. Salina hari tu kat syarikat insurans. Selalu gak jumpa dia kat pekan Sabtu. Aishah baru je lahirkan anak yang keempat. Masih kerja kat tempat lama lagi. Salmi, last aku jumpa dah anak 3. Tak taulah kalau dah bertambah. Kerja kat bank kat Manjung. Hafizan kat Pahang. Jadi nurse. Rosni ngajar kat Melaka sekarang ni. Dah anak 3 dah. Last jumpa dia masa anak sulung dia kecik lagi. Macamlah rumah jauh sangat, tapi tulah selalu tak kena masa. Suraiya sekarang ni dah jadi pensyarah kat UUM. Last sembang dengan dia, time dia nak kahwin hari tu. Punyalah lama.

Zaimawati, kahwin juga dengan schoolmate. Hari tu anak sorang, sekarang ni tak taulah. Fauziah, hari tu rasanya kerja kat Hospital Ipoh. Haryati kat Pahang, jadi Inspektor kesihatan. Fauziah dulu kerja bank kat KL. Izra kat Maahad Ummah, Chemor. Anak masih sorang lagi. Hamizah kat Kl. Lepas kawin terus tak dengar berita. Hasnida kawin dengan orang Melaka, sekarang mengajar kat Melaka dah rasanya, sebelum tu kat Johor. Maslina khabar terakhir yang aku dengar, dia lahirkan anak kembar. Faizal kat kampung, jadi usahawan tu. Tapi tak kahwin lagi.

Teringat kenangan-kenangan lama masa kat SMBS. Bergaduh, merajuk dan macam lagilah, ada pahit dan ada manisnya. Tak terkecuali, sesekali dengan airmata.....Bilalah kita dapat berkumpul semula......

Rabu, 15 Julai 2009

Nur Kasih 3

Episod yang ketujuh ni, rasanya banyak yang geram je. Satunya kesian kat Nur. Geram (marah gak) bukan apa, Si Adam dengan si Katrina tu asyik berpeluk je. Meluat.. Kalau pun berlakon, janganlah over sangat. Sedangkan isteri yang ditinggalkan merana. Walaupun dah kahwin, tapi cara hidup punyalah menyeleweng daripada ajaran agama. Yang paling nyata minum araklah.

Episod 8, no komen. Cuma yang dalam seminar tu macam dalam drama 80an. Macam tak kena je sekarang ni orang berceramah statik macam tu. Yelah sekarang ni biasanya orang gunakan skrin/power point. Kalau ceramah macam tu, memang orang bosan, dan memang akan keluar dari dewan pun.

Selasa, 7 Julai 2009

Nur Kasih 2

“Wahai Nur , tabahkanlah hatimu Nur. Sesungguhnya hidupmu masih lagi jauh di hadapan….”

Macam kisah benarlah pulak. Pengaruh punya pasal. Sungguh menyentuh perasaan. Setelah 6 episod, nampaknya penghayatan watak pelakon semakin baik . Tahniah terutama buat Nur Amina. Cara menangis pun bukan seperti dibuat-buat. Begitu juga dengan watak lain, Adam dan Aidil yang begitu mengesankan. Sarah… Memang nampak menyampah, tapi rasanya dia berjayalah bawa watak begitu.

Bahagian paling sedih dalam episod ni masa kat tepi sawah dengan kat lapangan terbang masa Adam tak sambut tangan Nur. Tak sedar berderai air mata. Tadi pun dah tengok iklan untuk minggu ni, makin meruntun perasaan nampaknya. Walau apapun, buat peminat Nur Kasih, jangan lupa tengok setiap minggu....

Ada 20 episod nak kena tunggu ni..Aduh macam menunggu kekasih hati pulak. Cepatlah habis, nak tahu tamatnya macam mana.