tag:blogger.com,1999:blog-81779603935245602592024-02-06T23:33:20.431-08:00cikgu ceriaUnknownnoreply@blogger.comBlogger18125tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-38399287522007764682010-06-15T17:47:00.000-07:002010-06-15T17:52:22.513-07:00Hari Yang TenangTak tahulah mengapa aku merasakan yang dua hari ini cukup tenang dan damai. Padahal ada lagi kerja-kerja kursus yang masih belum diedit atau dicetak...Mungkin sebab takde kelas malam, jadi aku merasakan keadaan di maktab kali ini agak tenang. Mudah-mudahan ada sesuatu yang baik akan berlaku.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-38109554927151177002010-03-17T18:32:00.000-07:002010-03-17T18:53:52.091-07:00BAHASA MELAYU PMR KERTAS 2
1. KATEGORI SOALAN - Novel
Soalan novel merupakan Soalan D, iaitu soalan keempat dalam Kertas II. Murid terpaksa membaca dan menyelami ketiga-tiga novel untuk menjawab soalan yang hanya menawarkan jumlah markah yang kecil. Novel tersebut ialah:
a) Aku Anak Timur (Siti Aminah Haji Yusuf) ~ TINGKATAN SATU
b) Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari) ~ TINGKATAN DUA
c) Merdeka! Merdeka! (A. Rahman Hanafiah) ~ TINGKATAN TIGA
2. MARKAH - 10
3. MASA - 15 Minit
4. SISTEM PEMERENGGANAN
a) TIGA perenggan:
~ 1 Perenggan Intro
PERENGGAN PERTAMA
~ 1 Perenggan Isi (Isi 1 + Isi 2 + Isi 3)
PERENGGAN KEDUA
~ 1 Perenggan Konklusi
PERENGGAN KETIGA
b) LIMA perenggan:
~ 1 Perenggan Intro
PERENGGAN PERTAMA
~ 3 Perenggan Isi (Isi 1)
PERENGGAN KEDUA
(Isi 2)
PERENGGAN KETIGA
(Isi 3)
PERENGGAN KEEMPAT
~ 1 Perenggan Konklusi
PERENGGAN KELIMA
5. JUMLAH KATA - Lebih kurang 150 patah kata.
6. SKOP SOALAN
1. Sinopsis
2. Tema (2002)
3. Persoalan (2002 / 2009)
4. Plot
5. Teknik Plot
6. Watak (2006)
7. Perwatakan (2003)
8. Latar (2005 / 2008)
9. Gaya Bahasa
10. Nilai (2004)
11. Pengajaran (2007)
12. Biodata Pengarang
13. Sudut Pandangan
7. KEKERAPAN
Mulai Tahun 2006, soalan novel lebih berfokus kerana menjurus kepada novel tertentu dan skop yang lebih tertutup.
8. ANALISIS SOALAN 2002 - 2009
2002
Tema / Persoalan
Tulis secara ringkas tentang tema dan persoalan yang diperoleh daripada novel yang anda kaji.
2003
Watak / Perwatakan
a) Nyatakan satu watak utama dalam novel yang anda kaji.
b) Huraikan tiga perwatakannya.
2004
Nilai- bekerjasama
Nilai- bertanggungjawab
Nilai- kegigihan
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu contoh bagi setiap nilai yang dinyatakan di atas.
2005
Latar
LatarMasa Tempat Masyarakat
Latar merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar di atas.
2006
Watak
Merdeka! Merdeka!
oleh A. Rahman Hanafiah
PERBANDINGAN WATAK
Utama Sampingan
Kudin Pak Awang
Berdasarkan novel di atas, nyatakan tiga perbandingan antara watak utama dengan watak sampingan.
2007
Pengajaran
Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bantu-membantu dalam kehidupan.
Huraikan empat contoh peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di atas, iaitu dua peristiwa daripada novel Tingkatan 2 dan dua peristiwa daripada novel Tingkatan 3.
2008
Latar
Nyatakan tiga latar tempat daripada novel Merdeka! Merdeka! dan berikan contoh peristiwa yang berlaku.
2009
Persoalan
Tanggungjawab mempertahankan maruah negara
Berdasarkan novel Kapten Hassan Wira Bangsa, berikan tiga contoh peristiwa yang dapat menggambarkan persoalan yang dinyatakan.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-7169357108807930332010-03-17T02:37:00.000-07:002010-03-17T18:05:18.974-07:00NOVEL PMR
SINOPSIS
AKU ANAK TIMUR
Novel ini mengisahkan seorang remaja bernama Zarina yang mengikut ibu dan adiknya ke Belanda untuk menemui bapanya yang bekerja di Universiti Leiden. Semasa berada di Belanda, Zarina berasa sangat tertarik oleh keindahan negara itu. Bapanya membawa mereka melawat ke seluruh Belanda dan beberapa buah tempat di negara Eropah seperti Paris, London, dan Munich.
Di Belanda, Zarina berkenalan dengan seorang anak muda kacukan Belanda-Indonesia yang bernama Niek Van Hoeve. Rupanya yang kacak dan bijak berbicara serta menghormati adat orang Timur menyebabkan Zarina tertarik pada anak muda itu. Zarina kemudiannya telah dibawa oleh Niek melawat beberapa tempat yang menarik di Belanda.
Ibu dan bapa Zarina kurang senang dengan perhubungannya dengan Niek. Namun, Zarina berdegil dan terus dengan niatnya untuk berkawan dengan Niek. Namun begitu, segala-galanya berubah apabila Zarina dibawa oleh Niek menghadiri majlis hari jadi seorang rakan Niek. Dalam majlis itu, Zarina dipeluk ketika lampu terpadam. Perbuatan itu amat mengerikan Zarina lalu dia lari meninggalkan majlis.
Sejak itu, Zarina mula menyedari kebenaran kata-kata ibu dan bapanya bahawa budaya di Barat tidak sesuai dengan budaya Timur. Zarina menyesali perbuatannya dan mengambil keputusan untuk melupakan Niek.
KAPTEN HASSAN WIRA BANGSA
Novel ini menceritakan kisah suka-duka dan semangat juang seorang anggota tentera. Hassan bin Haji Osman dilahirkan pada bulan Julai, 1927 di Kampung Batu 12, Mantin, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan hingga darjah lima sebelum melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.
Hassan menganggotai pasukan tentera setelah isteri, ibu mentua, nenek mentua, dan anak buah isterinya dibunuh dengan kejam oleh pengganas komunis kerana keengganan ibu mentuanya memberikan bantuan kewangan kepada komunis.
Sepanjang tempoh menganggotai pasukan tentera, Kapten Hassan berjaya membunuh 54 orang pengganas komunis. Beliau merupakan seorang yang berdisiplin tinggi dan amat berpegang teguh kepada ajaran Islam. Beliau tidak takut untuk melaporkan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh anggota bawahannya, mahupun pegawai atasannya.
Berkat keberaniannya itu, beliau telah diberi kenaikan pangkat, dari prebet ke lans koperal, koperal, sarjan, leftenan, dan akhirnya kapten. Selain itu, beliau banyak menerima penghargaan dan bintang penghormatan daripada Ratu Elizabeth, Sultan Selangor dan pemimpin yang lain.
Peristiwa di Waterfall Estate, Rawang merupakan peristiwa yang paling penting dalam sejarah perkhidmatan Kapten Hassan sebagai anggota tentera. Dalam peristiwa itu, beliau berjaya membunuh tiga orang ketua pengganas komunis yang hendak mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua pengganas komunis seluruh Malaya. Peristiwa pembunuhan itu telah berjaya menghalang usaha pihak pengganas komunis untuk menggagalkan sambutan Hari Kebangsaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Hassan meninggal pada 30 April 1991, di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan.
MERDEKA! MERDEKA!
Novel ini mengisahkan Kudin yang tinggal di Kampung Teras Jernang yang memiliki semangat cinta akan tanah air yang tinggi. Beliau berjuang bersama-sama dengan penduduk kampung untuk menentang ancaman pengganas komunis. Beliau juga turut menentang penubuhan Malayan Union oleh pihak penjajah Inggeris.
Di kampungnya, Kudin menyertai Persatuan Pahlawan Kemerdekaan. Beliau dan rakan-rakannya membina kubu di kampung mereka untuk mempertahankan diri daripada ancaman pengganas komunis. Dalam pada itu, dalam majlis perhimpunan persatuan-persatuan seluruh Tanah Melayu, Kudin telah dipilih untuk berucap.
Pada masa yang sama, kawan Kudin, Bustam ditangkap oleh pengganas komunis. Kudin berazam untuk menyelamatkan kawannya itu. Pak Awang pula diugut oleh pihak Inggeris supaya tidak terus bergiat dalam Persatuan Pahlawan Kemerdekaan. Akhirnya, Pak Awang didapati hilang semasa mencari Bustam.
Perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Perhimpunan ini turut disertai oleh beberapa orang tokoh Melayu. Mereka menyampaikan ucapan untuk menaikkan semangat Melayu. Datuk Onn berjaya mempengaruhi raja-raja Melayu supaya turut menentang penubuhan Malayan Union. Sebagai akibatnya, pihak Inggeris gagal dalam usaha untuk menubuhkan Malayan Union.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-17140452745034549092010-03-14T23:38:00.000-07:002010-03-15T00:03:49.086-07:00Memilih Jurusan Selepas SPM
Keputusan SPM baru sahaja diumumkan beberapa hari yang lalu. Apa yang menjadi masalah kepada para pelajar ialah memilih aliran untuk pengajian pada masa hadapan. Ini berlaku kerana minat, cita-cita, kehendak keluarga dan keputusan peperiksaan yang diperoleh tidak memenuhi keperluan jurusan yang dipilih.
Pelajar tidak tahu ke mana arah yang patut diikuti. Ini berlaku kerana mereka akan minta semua jurusan yang diminati atau sesuai dengan keputusan yang ada, apa sahaja yang dapat teruskan pengajian, tetapi apa yang berlaku apabila sudah belajar, tidak mampu menguasai subjek. Akhirnya berhenti di pertengahan jalan.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-33432007620232231062010-03-04T19:56:00.000-08:002010-03-17T18:02:32.609-07:00SMKA SLIM RIVER 1993-1994
Gambar ini diambil ketika tingkatan 5. Kelas kami ni belajar Q&S, PSI, Perakaunan dan Perdagangan. Hanya ada beberapa orang yang terdapat dalam gambar ini yang aku tahu perkembangannya, itupun melalui Facebook.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-70963180797796814662010-03-04T19:51:00.000-08:002010-03-04T19:54:25.664-08:00ABAH
Semua orang ada abah, sama ada masih hidup, sudah meninggal dunia, atau tidak diketahui akan hidup atau matinya. Begitulah dengan aku. Alhamdulillah, sehingga ke saat ini, aku masih punya seorang abah. Cuma kadang-kadang aku tak faham dengan perangai dan sikap abah. Entahlah....
Entahlah mengapa tiba-tiba aku teringat nak menulis tentang ‘abah’. Kalau nak contoh orang yang setia dengan isteri, abahlah orangnya. Bulan depan, genap 24 tahun pemergian arwah emak. Tapi sehingga ke saat ini, abah masih keseorangan. Tinggal bersama emak mertua, adik ipar dan biras. Pelikkan. Hampir 35 tahun bersama dengan keluarga emak adakalanya abah seperti tidak ada keluarga lain. Malah kadang-kadang jika bertembung kenduri, abah akan memilih berada di kenduri sebelah keluarga emak. Ipar duai pun tak pernah menganggap abah seperti ipar, tapi seperti adik-beradik sendiri.
Baru-baru ini hp abah rosak. Sebagai anak tunggal (setelah adik meninggal), sewajarnya akulah tempat untuk abah bergantung harap. Aku menawarkan diri untuk membeli hp baru untuk abah. Tetapi macam biasalah, ”tak payah”. Ini bukan pertama kali, sebelum ini macam itu juga, akhirnya bila aku balik kampung, dia dah beli hp baru. Kali ini pun sama, cuma aku beli cepat-cepat, tak ada alasan dah...Hujung minggu ni baru aku nak hantar, tak taulah dia akan kata apa. Itulah abah. Dia ada masalah ke, takde duit ke, jarang nak cerita dengan aku. Selalunya aku tahu daripada orang lain.
Masa aku konvo hari tu pun, pada mulanya abah tak mahu pergi, jenuh dipujuk, macam-macamlah. Akhirnya 2 hari sebelum konvo tu, abah telefon kata nak pergi. Aku sedih kalau abah tak pergi walaupun aku konvo, lambat daripada orang lain sebab ambil PJJ, tapi sekurang-kurangnya aku nak abah rasa menghadiri majlis tu. Yelah, selama ni, orang lain je bercerita pasal konvo anak masing-masing, kali ni biarlah abah rasa pulak. Nak tunggu aku konvo IPG lambat lagi. Satu lagi, abah tak pernah cerita dia nak aku jadi apa. Bila aku dah jadi cikgu (setelah beberapa tahun jadi cikgu), baru dia cakap, itulah yang dia nak aku buat. Satunya, menyambung hasrat arwah opah yang tak dapat jadi cikgu dulu walaupun dah dapat tawaran (orang dulu2 mana nak bagi orang perempuan belajar tinggi2, sudahnya kahwinlah).
Entahlah, kadang-kadang aku rasa jauhnya aku dengan abah. Tak berapa nak faham. Bila emak meninggal aku banyak duduk dengan adik-beradik emak bila cuti sekolah, walaupun hakikatnya aku tinggal dengan abah, tuk, dan tuk wan masa hari-hari sekolah. Cuma harapan aku, sebelum abah pula dijemput Ilahi, ada sesuatu hasrat abah yang dapat aku tunaikan.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-829138805731244302010-03-01T22:06:00.000-08:002010-03-02T21:38:34.189-08:00Bertemu Semula
Assalamualaikum....
Sudah terlalu lama tidak menjengah blog, sehinggakan kata laluan pun tak ingat. Nak kata asyik buka FB saja pun tidak juga. Apa pun akhirnya berjaya juga. Cuaca sekarang ni memang menguji kesabaran, tidur malam pun tak lena dibuatnya. Yang pasti bil elektrik bulan ni pun naik...
Tahun ni, mula dengan pendaftaran pelajar, program sekolah, aktiviti kelas, sukan dan macam-macam lagilah. Jawatan pun bertingkat-tingkat, tak tau mana nak buat dulu.Baru saja habis sukan. Muka pun masih berbelang-belang lagi. Tapi yang berbaloinya rumah yang aku pegang "Syahbandar" , jadi juara pada tahun ni. Yang pastinya aku lebih suka jadi guru rumah daripada jadi AJK sukan. Walaupun sanggup bertekak dalam mesyuarat. Sibuklah kononnya, tapi dalam pada tu, sempat lagi online...he.he..he..
Bukan apa, cuma nak cerita pasal FB ni. Walaupun orang kata macam-macam tapi tujuan aku berFB adalah untuk bertemu dengan kawan-kawan lama. Memang tak sangka, dan bermulalah pelbagai cerita...Buka cerita zaman sekolah, belajar, kerja, berkeluarga, suka, duka dan sebagainya. Kadang-kadang cerita-cerita tu macam berkait-kait....Apa yang pasti wajah-wajah yang telah dewasa, bukan lagi wajah remaja...Rindunya kat kawan-kawan semuanya, tapi kalau ada peluang berjumpa, tak berkesempatan pulak, ada saja urusan lain yang menanti.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-41625957354567873792009-08-03T22:39:00.000-07:002009-08-03T22:53:53.714-07:00Baca Jika Anda Ada Masa Untuk Allah
Bacalah sehingga habis.
Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini. Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari Jumaat?... Mungkin malam JUMAAT? Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? Kita suka ALLAH pada masa kita sakit?. Dan sudah pasti waktu ada kematian? Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? Kerana? Kita merasakan pada waktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka?? Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu di mana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidupku. (nauzubillah) Kita sepatutnya sentiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! ! Ya aku CINTA ALLAH . Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku DIAlah yang mengerakkanku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna. Ini adalah ujian yang mudah. Kalau anda benar menyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepadamu?
Sekarang!!! Anda ada masakah untuk berbuat demikian? Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan. Susah vs. Senang. Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran? Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali? Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga memforwardkan email yang tak senonoh? Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima. Solat adalah yang terbaik.... Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.
Notes: Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka. Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ). Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi? Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti sama ada mereka suka atau tidak?. Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-34861210353888427482009-07-29T22:44:00.000-07:002009-07-29T23:58:07.717-07:00Kasih Sayang Telah Hilang
Setiap manusia inginkan kasih sayang
Kerana ia adalah makanan jiwa
Tapi di mana ada kasih sayang?
Kasih sayang telah hilang
Seolah-olah orang berkata:
Aku minta kasih sayang daripada ibubapaku
Kasih sayang keduanya telah hilang
Aku minta dengan isteri atau suami, dia buat biasa saja
Aku minta kasih sayang dengan adik-beradikku
Kasih sayang mereka juga telah gersang
Aku tagihkan kasih sayang dengan guru-guruku
Kasih sayangnya juga telah kering ketandusan
Aku cari kasih sayang dengan pemimpinku
Kasih sayangnya lebih-lebih lagi telah hilang
Entah ke mana perginya
Aku cuba mencari kasih sayang
Dengan kawan-kawanku
Kasih sayang mereka juga entah ke mana hilangnya
Aku cuba meminta-minta kasih sayang
Dengan orang ramai
Aduh, kasih sayang mereka juga sudah kering-kontang
Begitulah setiap manusia
Sudah kehilangan kasih sayang
Juga kasih sayang itu telah hilang
Daripada orang yang hendak menagihnya
Setiap orang sudah tidak membawa kasih sayang lagi
Kita pun tidak dapat daripada mereka
Mereka pun tidak dapat daripada kita
Aduh, sungguh mahal kasih sayang pada akhir zaman
Hingga susah hendak menemuinya
Kerana itulah manusia hari ini hidup resah,
Gelisah, derita dan kecewa.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-87226032776852049152009-07-28T17:04:00.000-07:002009-07-28T20:51:59.370-07:00Kisah Cinta dan KecewaSemalam sempat berYM dengan exstudent, bertanya khabar dan cerita pasal dia serta kawan2 ramai yang dah break dengan awek. Itulah, dulu cikgu dah nasihat jangan bercinta time belajar, tak nak dengar. Dah cakap dah, biasanya tak kekalnya. Kalau kahwin pun mungkin 1 dalam 100. Tapi biasalah kononnya, cakap cikgu tu tak up to date. Ingat zaman cikgu dengan you all jauh beza sangat ke. Cikgu lagi berpengalaman pasal perkara ni. Walaupun cikgu taklah bercinta time form 5 tu. Jadi dah tentulah cikgu bab2 frust ni tak ada dalam diari. Tapi bab mengecewakan orang tu adalah kot.
Petang pulak bermesej dengan sorang teman. Entah kenapa tiba2 teringat nak hubungi dia. Dia cakaplah sebab apa tak kahwin lagi. Sibuk masa belajar sampai tak sempat nak cari awek. Pemalulah katakan. Sekarang ni tak sempat nak memilih dah. Kesian kat kawan aku sorang tu. Suruh aku carikan. Kat sek ni ramai je yang solo lagi kalau nak.
Kali ni maaf kalau aku tersilap nama. Yang pasti aku hilang ingatan kejap. Yang tak ada nama tu yang pasti, aku lupa nama.
Atas dari kiri, Lee,Shahrul,Shaharil,Yew, dan Kok.
Bawah dari kiri,Izra,Ina,Akmal,Jin,Lim,Lee,Sudha,Yati,Linda dan Julia.
Depan, Kahar.
Tiada dalam gambar,Prakash.
Kali ni memang aku hilang jejak langsung. Yang aku tahu, itupun sebab keluar kat tv3, Shaharil Kadir(wartawan). Tapi yang pasti hanya akan keluar time pilihanraya je.
Atas dari kiri, Sazali,Suhaili,Badrul,Faizam,Zawawi,S.Laili,Zafuan,Afendi, Ahmadal dan Shamsul.
Tengah dari kiri, Sabtiah,Salina,Aishah,Salmi,Hafizan,Rosni dan Suraiya.
Bawah dari kiri, Zaimawati,Fauziah,Haryati,Roziah,Ustazah,Izra,Hamizah, Hasnida dan Maslina.
Tiada dalam gambar, Faizal.
Rindunya kat korang . Tambahan pula bila tengok gambar kita time comel ni. Sekarang ni rasanya majoriti dah berubah rupa. Apa khabar semuanya? Tentunya korang sedang meniti hari-hari yang ada penuh dengan keindahan dan kebahagiaan. Hanya sebahagian saja yang aku tahu perkembangan. Yang lain-lain tu, entah apa ceritanya. Bilalah kita semua boleh berkumpul semula dan mengingat semula memori lama.
Sazali, Suhaili dan Badrul, rasanya ada orang cerita perkembangan terbaru diorang, tapi aku tak ingat. Faizam katanya sekarang ni bekerja di Hong Leong Bank, Ipoh. Tapi tak pernah terserempak pun. Yang pasti last jumpa masa form 5 dulu, dan boleh dikatakan hampir kesemuanyalah. Zawawi, baru je dapat anak perempuan (anak sulung). Cikgu Zawawi sekarang ni mengajar di SM Teknik Manjung ( tempat yang banyak kenangan tu). Shamsul Laili, sekarang ni rasanya kat syarikat berkaitan komputer. Hari tu pernahlah berYM dengan dia tapi aku hilang ingatanlah pulak pasal dia. Anak dua dah hari tu. Zafuan, cikgu jugak, tapi ngajar kat mana ntah. Afendi pun tak tau cerita. Ahmadal dulu ngajar kat SK Tanjung Bayan. Tapi katanya sekarang ni dah ngajar kat Manjung, sebab isteri dia memang kat sana. Anak sorang gak rasanya. Shamsul Kamal jadi ustaz rasanya.
Sabtiah, pun tak tau cerita. Salina hari tu kat syarikat insurans. Selalu gak jumpa dia kat pekan Sabtu. Aishah baru je lahirkan anak yang keempat. Masih kerja kat tempat lama lagi. Salmi, last aku jumpa dah anak 3. Tak taulah kalau dah bertambah. Kerja kat bank kat Manjung. Hafizan kat Pahang. Jadi nurse. Rosni ngajar kat Melaka sekarang ni. Dah anak 3 dah. Last jumpa dia masa anak sulung dia kecik lagi. Macamlah rumah jauh sangat, tapi tulah selalu tak kena masa. Suraiya sekarang ni dah jadi pensyarah kat UUM. Last sembang dengan dia, time dia nak kahwin hari tu. Punyalah lama.
Zaimawati, kahwin juga dengan schoolmate. Hari tu anak sorang, sekarang ni tak taulah. Fauziah, hari tu rasanya kerja kat Hospital Ipoh. Haryati kat Pahang, jadi Inspektor kesihatan. Fauziah dulu kerja bank kat KL. Izra kat Maahad Ummah, Chemor. Anak masih sorang lagi. Hamizah kat Kl. Lepas kawin terus tak dengar berita. Hasnida kawin dengan orang Melaka, sekarang mengajar kat Melaka dah rasanya, sebelum tu kat Johor. Maslina khabar terakhir yang aku dengar, dia lahirkan anak kembar. Faizal kat kampung, jadi usahawan tu. Tapi tak kahwin lagi.
Teringat kenangan-kenangan lama masa kat SMBS. Bergaduh, merajuk dan macam lagilah, ada pahit dan ada manisnya. Tak terkecuali, sesekali dengan airmata.....Bilalah kita dapat berkumpul semula......Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-62492247088992497212009-07-15T00:01:00.000-07:002009-07-19T04:07:10.499-07:00Nur Kasih 3Episod yang ketujuh ni, rasanya banyak yang geram je. Satunya kesian kat Nur. Geram (marah gak) bukan apa, Si Adam dengan si Katrina tu asyik berpeluk je. Meluat.. Kalau pun berlakon, janganlah over sangat. Sedangkan isteri yang ditinggalkan merana. Walaupun dah kahwin, tapi cara hidup punyalah menyeleweng daripada ajaran agama. Yang paling nyata minum araklah.
Episod 8, no komen. Cuma yang dalam seminar tu macam dalam drama 80an. Macam tak kena je sekarang ni orang berceramah statik macam tu. Yelah sekarang ni biasanya orang gunakan skrin/power point. Kalau ceramah macam tu, memang orang bosan, dan memang akan keluar dari dewan pun.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-9627145375477548042009-07-07T16:39:00.000-07:002009-07-07T16:47:14.638-07:00Nur Kasih 2“Wahai Nur , tabahkanlah hatimu Nur. Sesungguhnya hidupmu masih lagi jauh di hadapan….”
Macam kisah benarlah pulak. Pengaruh punya pasal. Sungguh menyentuh perasaan. Setelah 6 episod, nampaknya penghayatan watak pelakon semakin baik . Tahniah terutama buat Nur Amina. Cara menangis pun bukan seperti dibuat-buat. Begitu juga dengan watak lain, Adam dan Aidil yang begitu mengesankan. Sarah… Memang nampak menyampah, tapi rasanya dia berjayalah bawa watak begitu.
Bahagian paling sedih dalam episod ni masa kat tepi sawah dengan kat lapangan terbang masa Adam tak sambut tangan Nur. Tak sedar berderai air mata. Tadi pun dah tengok iklan untuk minggu ni, makin meruntun perasaan nampaknya. Walau apapun, buat peminat Nur Kasih, jangan lupa tengok setiap minggu....
Ada 20 episod nak kena tunggu ni..Aduh macam menunggu kekasih hati pulak. Cepatlah habis, nak tahu tamatnya macam mana.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-27038319652172741872009-07-01T19:04:00.000-07:002009-07-14T23:57:42.848-07:00Perkara yang perlu difikirBanyak perkara yang selama ini kita tak ambil kisah tapi kita kena fikirkan ....
1. Bila kita ke KWSP untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita hendak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.
2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.
3. Bila kerajaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.
4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.
5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10 sen sekilo.
6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah di luar negara daripada di negara sendiri.
7. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang
serupa, masih ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya apatah lagi menangis setiap kali ada adegan sedih.
8. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia,tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pula dikatakan tidak memenuhi citarasa.
10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.
11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!
12. Bilamasa kita hendak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak bila datang ke Semenanjung.
13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir.
14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah atas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong,kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah.
15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check -in, kita akan didenda 25% dari tambang kapal terbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tidak dapat melainkan penat menunggu!
16. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?
17. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah atas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tidak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?
18. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.
19. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana hendak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.
20. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tidak pernah berjaya dalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.
21. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.
22. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tidak laku langsung.
23. Bilamana telefon bimbit yang diusung ke sana ke mari, walaupun tidak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.
24. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Heliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.
25. Bila melihat sesetengah pemandu yang tidak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.
26. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras di dalam longkang.
27. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motosikal penjual roti terbalik di tepi jalan tetapi tidak berhenti pun untuk tolong.
28. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan masih ditakuk lama.
29. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut diakrukan ke dalam tafsiran tahun berikutnya.
30. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.
31. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tidak makan dan tidak minum kerana asyik ber"chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.
32. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.
33. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini sudah "out-of-date" selepas
sebulan dan kita pun masih belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.
34. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal daripada baju dewasa.
35. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai ke destinasi.
36. Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu.
37. Bilamana kita membayar RM1.50 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.
38. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.
39. Bilamasa laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma tetapi meminta anda mengisi maklumat kad kredit anda.
40. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM35 hanya untuk sepaket pil panadol sambil diberitahu doktor yang kita demam.
41. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".
42. Apabila kita ke kedai untuk tanya tentang komputer atau handphone yang rosak mereka akan jawab "saya pun tak tau apa yang rosak, tinggal kat sini, dua jam lagi datang balik".
43. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.
44. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif masih memakai kot dan tali leher semasa makan tengah hari di warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.
45. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya di sini hanyalah 110km sejam.
46. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.
47. Bila artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.
48. Bilamana mengenangkan manusia suka bergaduh tetapi Allah melarangnya.
49. Bila pembunuh terlepas dari hukuman dan yang tidak bersalah dihukum
50. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.
51. Bilamanan berlaku banyak kemalangan jalanraya di jalan biasa semasa musim perayaan, laluan percuma di lebuhraya tidak diberikan pada musim-musim tersebut.
52. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.
53. Apabila TV kita rosak satu atau dua hari selepas tempoh jaminannya tamat.
54. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.
55. Bilamana manusia lebih banyak suka menceritakan keburukan orang daripada kebaikan yang ada.
56. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.
57. Bilamana ramai orang lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku agama.
58. Semakin ramai mampu membeli kenderaan walaupun harganya makin meningkat.
59. Bilamana orang yang tidak pandai kerja tapi pandai mengampu boss mendapat gaji yang lebih tetapi bagi orang yang pandai kerja tapi tidak pandai mengampu boss, gaji masih ditakuk lama.
60. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng ke hulu ke hilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.
61. Bilamana ada orang yang ilmu tidak seberapa, pengetahuan cuma sejengkal, tapi masih mampu hendak berlagak sombong.
62. Bila lagu-lagu dulu yang kurang teknologi masih sedap dan enak didengar erbanding lagu sekarang.
63. Bilamana ramai orang yang mengaku diri mereka sibuk sedangkan satu kerja pun tidak pernah siap tepat pada masa.
64. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan daripada nasihat yang baik.
65. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal
66. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati
67. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah si isteri mendapat sesuatu daripadanya terlebih dahulu.
68. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak paha).
69. Bilamana ramai orang yang masih menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-60282435571629602832009-06-30T20:10:00.000-07:002009-06-30T20:18:07.756-07:00Perkara-Perkara Menarik Di DuniaNama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotamat eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand .
Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .
Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica .
Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.
Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.
Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.
Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.
Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.
Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.
Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.
Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.
Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.
Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.
Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.
Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.
Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.
Seoul adalah ibu negeri Korea . Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.
Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.
Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.
Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.
Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.
Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-41649047795172138692009-06-23T21:57:00.000-07:002009-06-23T22:36:09.934-07:00Nur KasihSebenarnya aku ni bukanlah jenis yang minat sangat drama melayu. Terutama cerita seram dan lawak bodoh. Aku suka tengok cerita lawak tapi yang ada mesejlah. Tapi pertama kali tengok drama Nur Kasih ni (episod 4 )aku jatuh cinta pulak. Sebelum ni nak tengok, sebab tengok iklannya macam best tapi tak sempat. Setakat ni dah downloadlah keempat-empat episod yang sudah ditayang. Selepas tengok semua barulah faham duduk perkara cerita yang ada.
Kenapa aku suka cerita ni....
1. Aku memang suka cerita-cerita yang ada secret admire ni.
2. Seolah-olah baca novel.
3. Seolah-olah berada dalam cerita.
4. Latar yang menarik.
5. Pelakon-pelakon yang best....sesuai
Aku dah baca banyak komen pasal drama ni. Majoriti memuji. Yelah negara kita ni seolah-olah kekeringan drama yang berkualiti. Asyik-asyik drama luar. Kalau best tak kisahlah,tapi rata-rata entah apa-apa.
Komen aku pasal ceria ni....
1. Aku suka je Nur kahwin dengan Adam, cuma aku tak suka cara Adam layan Nur macam tu. Apa pun, Nur perlu juga meluahkan peraaan hatinya pada Adam (atau mungkin sudah tak berdetik lagi)satu hari nanti.
2. Aidil memang baik dan pastinya mencari seorang yang setaraf dan sekufu dengannya, tapi dalam masalah Aidil dan Adam, memang wajar tindakan yang dibuat oleh ayah mereka tu.
3. Memang nampak kejam memaksa Nur kahwin kerana sudahlah Adam tak cintakan dia, cita-cita dan impiannya pun terpaksa dikuburkan, tapi apa yang berlaku pastinya bersebab dan ada hikmah. Betul tak?
4. Cuma yang tak bestnya cerita ni seminggu sekali saja. Ada 26 episod, jadi kalau dihitung, bulan November baru habis, itu belum lagi kalau kena tangguh kalau tetiba tv3 ada program masa tu. Lamanya nak tunggu.....Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8177960393524560259.post-69856048453085964892009-06-22T22:53:00.000-07:002009-06-23T01:37:40.688-07:00Hari-hari yang sibukAssalamualaikum.....
Pelik rasanya tiba-tiba tulis blog. Tempat nak meluah perasaan kononnya. Sibuk sebenarnya. Tapi ada beberapa teman yang suruh menulis dan buka blog ni. Tengoklah nanti ada masa nak tulis selalu-selalu tak. Walau apapun selamat membaca buat semua. Boleh berkongsi cerita dan info.
Mula-mula sekali nak cerita tentang sibuknya semenjak dua menjak ni.Rasanya sejak masuk bulan Jun ni asyik tak cukup tidur saja. Mula dari awal bulan Jun, masuk maktab, sibuk dengan kelas dan tugasan. Balik saja kena siapkan markah periksa. Belum lagi pening bab tengok markah pelajar. Sekarang ni, kerja-kerja di sekolah yang ditinggal sekejap tu, kena tengok semulalah.
Kenduri pun kira bab sibuk juga mulai bulan Jun ni. Fuh... Rasanya masa aku kahwin pun tak sibuk macam ni. Mula 6hb 6 (tarikh cantik). Sepupu akad nikah kat Sg. Pencala. Esoknya kenduri. Mujurlah masa tu aku kat KL. Sabtu (27/6) ni, dua orang sepupu akad nikah, ahadnya kenduri. Tiap-tiap minggu balik untuk tolong apa-apa yang patutlah (tolonglah sangat). Lagipun rumah pakcik tu kat depan rumah saja kat kampung. Kalau tak tolong tak patutlahkan.
11 Julai seorang lagi sepupu bertunang. Kat Klang. Rumah dia tempat selalu lepak kalau pergi KL. Kalau tak pergi, tak patut. Esoknya seorang lagi sepupu kahwin. Kali ni kat Hutan Melintang. Jadi Ahad tu balik dari Klang terus pergilah kot. 18hb Julai ada seorang lagi kahwin. Yang ni kat tepi rumah jugak. Yang pastinya kalau ramai-ramai kahwin serentak ni, hadiah pun seadanyalah. Penat-penat. Aku anak tunggal sekarang ni( sebab adik dah meninggal ), tapi ada ramai sepupu.....
Sekian buat kali ini.Unknownnoreply@blogger.com4